Solat Gerhana disebut di
dalam bahasa arab dengan khusuf
(الخُسُوفِ
) bagi bulan dan
kusuf (الكُسُوفِ
) bagi matahari,
iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.
Ia bukanlah berlaku
kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan
Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan
nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini
sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena
baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini
dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.
Dalilnya :
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW
bersabda:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا
Maksud: “Sesungguhnya
matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah.
Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang
atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah,
bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”
Dalilnya :
عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر
آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا لا ينكسفان لموتِ أحد مِنَ
النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.
Maksud: Dari Abu
Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari
dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya
(kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan
keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana
itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah
sampai hal yang menakutkan itu hilang”
Solat Khusuf/Kusuf adalah
sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau
hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau
bersendirian
i. Bagi solat Gerhana
Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan
hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut.
Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada
solat gerhana.
ii. Bagi Solat Gerhana
Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir
dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau
jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika
terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika
terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :
i.
Qaul Qadim
: Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar
(subuh ).
ii. Qaul Jadid :
Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari (
syuruk ).
* Di dalam mazhab
Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu
tahrim.
Boleh dilakukan di
mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang
afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.
i. Lafaz Niat Solat Sunat
Gerhana Matahari :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku
solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
ii.
Lafaz Niat
Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku
solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
i. Solat gerhana
dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang
sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali
qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada
kedua-dua rakaat.
ii. Yang terlebih akmal
ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat
dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
Kaifiatnya adalah seperti
berikut:
Berdasarkan hadis :
عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم
خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ
رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ
الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ
الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ
الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ
النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ
آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا
رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.
Maksud:
Dari Aisyah r.a.
berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi
gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang
panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat
kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu
membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan
(dalam berdiri yang kedua)
ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan
ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang
dari ruku’
pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur
bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama)
itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya
dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah
kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah
dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah
terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan
seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
عَنْ
عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ
عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ (
الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ
جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ
سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.
Maksud: Dari Abdullah
bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa
Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW
melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan
dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah
berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih
lama daripada itu”
(Sahih Muslim 2-hlm: 81)
Secara ringkasnya seperti
berikut :
1. Takbiratul
Ihram.
2. Membaca doa
iftitah.
3. Membaca Ta`awudz.
(
تعاوز )
4. Membaca surah
al-Fatihah.
5. Membaca
mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6. Ruku’ dan
membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau
mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2 sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.
b.
Rakaat kedua.
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah
atau mana-mana surah.
5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10. Membaca tasyahud
akhir.
11. Memberi salam.
* Tidak perlu
iqamah tapi cukup sekadar ucapan :
( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
* Sunat
menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana
bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
* Disunatkan mandi
untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
Khutbah Solat Gerhana :
Dalil
dari Aisyah r.a. berkata
:
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
Ertinya : Selanjutnya
beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir.
Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan,
sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda
kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang
pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
i.
Sunat membaca
khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah
hilang.
ii.
Khutbahnya seperti
khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
iii.
Isi khutbah
hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba,
berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan
sebagainya.
iv.
Jika solat itu
hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah
adalah seperti dilampirkan )
Secara umumnya bila
pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan.
Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.
Contoh :
i. Jika pertembungan berlaku di antara solat
gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
ii. Jika
pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu
maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali
cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka
didahulukan solat fardhu.
iii. Jika
pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat
gerhana.
No comments:
Post a Comment